Tahun 2025 Extended Play.
Puncak Aspirasi release for good
"Ini yang kepenghabisan."
Ayat ini tergolong dalam ayat yang tidak gramatis dalam tatabahasa baku, tetapi digunakan dalam gaya bahasa lisan atau dialek tertentu untuk menekankan maksud “yang terakhir” atau “yang paling akhir”.
1. Ini = Kata tunjuk
→ Merujuk kepada sesuatu yang dekat atau sedang dibicarakan.
2. yang = Kata hubung/penentu
→ Menghubungkan frasa atau klausa, biasanya untuk menerangkan atau memperincikan.
3. kepenghabisan = Kata nama terbitan
→ Terbitan daripada kata dasar habis → penghabisan (akhir, penamat) → ditambah awalan ke- menjadi kepenghabisan.
→ Namun, bentuk kepenghabisan ini sebenarnya jarang atau hampir tidak digunakan dalam bahasa baku. Bentuk baku yang betul biasanya penghabisan sahaja (tanpa ke-).
Maksud keseluruhan:
"Ini yang kepenghabisan" bermaksud: → "Ini yang terakhir."
→ "Ini yang paling akhir."
→ "Ini yang penamat."
Tatabahasa baku yang lebih tepat:
→ "Ini yang terakhir."
→ "Ini yang penghabisan."
→ "Ini yang paling akhir."
Nota:
Frasa "yang kepenghabisan" ini banyak digunakan dalam percakapan santai, terutama dalam loghat Melayu klasik, Melayu kampung, atau skrip drama untuk mencipta gaya tutur tertentu — seperti memberi kesan nostalgia, kelakar, atau dramatik.
Selepas lebih 20 tahun bermula dari bilik jamming, pentas kecil, dan rakaman DIY, projek ini merangkumkan segala fasa Puncak Aspirasi. 6 lagu lama diberi nafas baru, 3 lagu baru sebagai refleksi hari ini — dan track terakhir, instrumental 'Ini Yang Kepenghabisan' — dibiarkan tanpa lirik, biar muzik saja yang bercakap. Ia bukan pengakhiran band ini, tapi ini mungkin penghabisan kepada versi lama kami. Selepas ini, kalau ada lagi suara — ia pasti bukan sama.
===========================
Tracklist:
01 - What you Got?
Entah tak dengar sangat apa diorang jeritkan dalam tape tahun 2002. Tapi cerita pasal perang la. apa kau dapat dari perang. Ni lirik buat balik je berdasarkan assumption dan sedikit memori yang tinggal
02 - Life Is Not A Treat
Entah tak dengar sangat apa diorang jeritkan dalam tape tahun 2002. Ni lirik buat balik je berdasarkan assumption dan sedikit memori yang tinggal. Rasanya macam hidup bukan gula-gula. Tak manis pun kebanyakkan masa.
03 - Pain Misery Happines
Entah tak dengar sangat apa diorang jeritkan dalam tape tahun 2002. Ni lirik buat balik je berdasarkan assumption dan sedikit memori yang tinggal. Rasanya macam hidup ini campuran semua — sakit, sengsara, dan kadang-kadang bahagia datang celah-celah. Tajuk acong yang bagi kalau tak silap.
04 - Hurt
Entah tak dengar sangat apa diorang jeritkan dalam tape tahun 2002. Tapi cerita pasal enviromental la. Ni lirik buat balik je berdasarkan assumption dan sedikit memori yang tinggal. riff ni 100% acong yang buat.
05 - Sick
Asalnya lagu instrumental. Lepas tu Erin dari UTC join jemming dia nyanyi dengan lidi. ape tah diorang jerit. so ni aku bantai tulis balik cerita pasal kemurungan..
06 - Falling (Hancur)
Entah tak dengar sangat apa diorang jeritkan dalam tape tahun 2002. Ni lirik buat balik je. Cerita pasal institusi sistem yang runtuh perlahan-lahan. Dalam diam. Macam arab spring tu la.
07 - Robohkan
Lagu baru. Untuk penipu agama. Untuk semua ego tak bertempat. Biar roboh.
08 - Agenda USAID
Lagu baru. Tentang helah licik, topeng manis bantuan, tapi racun dalamnya. Dunia masih sama — kuasa makan kuasa.
09 - Ini Yang Kepenghabisan
Tiada lirik. Tiada suara. Hanya bunyi terakhir. Untuk semua benda yang tak terluah. Untuk semua rasa yang tinggal jadi gema dalam kepala.


Comments
Post a Comment