Thanks List

Terima kasih:

Untuk semua yang pernah jadi sebahagian Puncak Aspirasi — line up dulu, sekarang, kawan-kawan gig, geng scene, rakan pena, pendengar senyap, tukang rakam, tukang tolong, tukang gelak, tukang gaduh. Budak2 2001-2002 SMTiJB, SMKAJB, Budak-budak Muo (kawan lidi), kawan-kawan acong (budak scene TiJB, Uda Trash Conspiracy-Mr Erin). Scene Pontian. Band jemming skin head The Original Agu, Wak, Wan. Band metal noob lead by Jenal (Qasyira Noristiqa). Zine The Third Stone From The Sun (Geduk, Darul) dan yang paling penting yang menjayakan projek ni, ChatGPT. Harap esok kalau dia dah jadi sky net, aku dikecualikan la senarai bunuh sebab aku cakap terima kasih kat dia. hahaha..

Bermula pada 2001 dengan nama Armament dengan berinspirasikan grind core band parkinson dari jb, kemudian setelah menghasilkan beberapa lagu dan reformasi line up, nama Puncak Aspirasi diambil. Diambil sempena tajuk drama television yang popular ketika itu. Terinspirasi dari scene Uda Thrasher Conspiracy (UTC) melalui band Jeritan X Sepi, Makhlok Perosak dan seangkatannya lalu pada 2002 telah merilis demo dalam format keset diy sebanyak 5 salinan dengan menggunakan keset rakaman, dengan bersulamkan scene peperangan dalam filem 'The Good, The Bad And The Ugly'. sempat bermain 1 gig di Johor Bahru. Aku secara personal terinspirasi dari band band seperti Jeritan X Sepi, Makhlok Perosak, Parkinson, The Jhai Alai, Nostalgia, Hour Of The Star, Her Grey Earth, Costa's Cake 555, Raikoris, Never Ending Threat, Dewata dan seangkatan ketika itu.

Line up tidak termaktub sekadar yang disebut sahaja, ada lagi rakan-rakan disebalik tabir. Tiada apa yang tinggal dengan band ini kecuali kenangan, lagu dan idea.

Semoga semua yang terlibat bersama band ini menemukan kehidupan yang lebih baik. Untuk semua saki baki memori yang takkan ada ganti. Kalau ada yang teringat, tambah tambah la.. di ruang komen.

Tiada apa yang tinggal dengan band ini — kecuali kenangan, lagu dan idea. Baik atau buruk semuanya dariNya. Bersyukurlah. 

Dan tahun 2025 ni...

Ini Yang Kepenghabisan.

Comments